Tahukah anda, bintang Manchester City, Tijjani Reijnders, yang bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda memiliki adik kandung yang kini menyarung jersi Indonesia?
Eliano Reijnders merupakan rekrut warisan Sang Garuda bagi skuad kendalian Patrick Kluivert menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Dua beradik mengangkat dua bendera berbeza di dua benua yang berlainan.
Nama Tijjani Reijnders menjadi sebutan apabila menjadi pemain berdarah Indonesia pertama berjaya menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, selain Erling Haaland dan Rayan Cherki, sekali gus membantu kelab Pep Guardiola itu meraih kemenangan sulung, semalam.
Tonggak berusia 27 tahun itu juga merupakan sandaran Belanda ketika ini.
Ketika ditemu bual oleh Stadium Astro menerusi segmen Adam Talks, Tijjani Reijnders mengucapkan selamat maju jaya kepada adiknya itu bersama Indonesia.
Bekas pemain AC Milan itu berharap Indonesia merealisasikan impian mereka untuk ke Piala Dunia 2026.
"Saya juga mengikuti bola sepak Indonesia. Liga dan pasukan kebangsaannnya.
"Saya harap Indonesia berjaya layak ke Piala Dunia 2026. Mereka memiliki peluang terbaik.
"Mana tahu, saya berpeluang bertemu adik saya dalam satu kejohanan sama. Belanda menentang Indonesia.
"Ada peminat yang masih meminta bertukar kewarganegaraan untuk menyarung jersi Indonesia," katanya.