LIGA SUPER MSIA
Harap dapat jelaskan segera -- Khatul Anuar dedah berdepan tunggakan gaji oleh bekas majikan
Bekas penjaga gol Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Khatul Anuar Md Jalil, memberikan peringatan kepada bekas majikannya agar melunaskan segala tunggakan berkaitan gaji serta perkara-perkara lain.
Khatul yang sudah berkelana ke Penang bagi sangan Liga Malaysia musim 2025-2026 mendedahkan bahawa Kelantan DN masih belum melunaskan tiga bulan tunggakan gaji bagi bulan Februari, Mac dan April 2025.
Selain tiga bulan gaji yang belum dilunaskan, Khatul turut mendedahkan bahawa bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibayar selama setahun.
Iklan
“Harap dapat jelaskan segera. Masih ada tiga bulan tunggakan gaji untuk tahun 2025. Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025.
“KWSP satu tahun tidak dibayar. PERKESO satu tahun tidak dibayar,” luah Khatul di Instagram Story.
Must-Watch Video