Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, berharap Lionel Messi kekal bersama Barcelona di sebalik spekulasi mengenai masa depannya yang akan berhijrah akhir musim ini.
Messi dikaitkan akan meninggalkan Barcelona termasuk bergabung semula dengan mentornya, Pep Guardiola, di Manchester City pada musim depan.
Pemain Argentina berusia 33 tahun itu telah mengharungi karier profesionalnya dengan Barcelona yang disertainya di peringkat remaja pada 2000.
"Semoga dia kekal di Barcelona," kata Zidane menjelang pertembungan 'El Clasico', awal pagi esok, yang mungkin menjadi yang terakhir buat Messi.
"Dia sudah selesa di sana dan ia juga bagus untuk liga Sepanyol."
Pemain lain yang turut dikaitkan dengan perpindahan adalah pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang habis kontrak.
Ramos bakal terlepas menentang Barcelona akibat kecederaan otot.
"Mudah-mudahan ia bukan Clasico terakhirnya juga," tambah Zidane.
"Malangnya dia tidak akan beraksi esok. Tapi, saya harap dia kekal di sini."
Pengurus Barcelona, Ronald Koeman, mengulangi sentimen itu dengan mengatakan bahawa dia berharap Ramos akan tetap bersama Madrid selepas musim ini.
"Langkah terbaik untuk liga ini adalah dengan mengekalkan pemain terbaik sehingga saat-saat terakhir mereka beraksi sebagai pemain profesional, seperti Leo Messi," kata Koeman.
"Anda tidak boleh membandingkannya dengan Sergio Ramos kerana seorang adalah pertahanan sementara seorang lagi adalah penyerang. Tetapi kedua-dua tonggak ini sangat penting buat kelab masing-masing.
"Mudah-mudahan, Sergio Ramos akan kekal di Real Madrid, begitu juga Leo terus bersama kami."

??️ Zidane: "We know it's going to be a complicated and demanding game, but we are ready."#ElClásico pic.twitter.com/MhZgeJNfbE
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) April 9, 2021
Pengurus Barcelona, Ronald Koeman, mengulangi sentimen itu dengan mengatakan bahawa dia berharap Ramos akan tetap bersama Madrid selepas musim ini.
"Langkah terbaik untuk liga ini adalah dengan mengekalkan pemain terbaik sehingga saat-saat terakhir mereka beraksi sebagai pemain profesional, seperti Leo Messi," kata Koeman.
"Anda tidak boleh membandingkannya dengan Sergio Ramos kerana seorang adalah pertahanan sementara seorang lagi adalah penyerang. Tetapi kedua-dua tonggak ini sangat penting buat kelab masing-masing.
"Mudah-mudahan, Sergio Ramos akan kekal di Real Madrid, begitu juga Leo terus bersama kami."
Posted by Stadium Astro on Thursday, April 8, 2021