Skip to main content

Bola Sepak

Haqimi Azim terpaksa berlatih dengan skuad Sukma Kuala Lumpur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haqimi-azim.jpg
Penyerang Kuala Lumpur City, Haqimi Azim Rosli, mengakui kesulitan yang dialaminya ketika ini tidak banyak membantunya untuk mempersiapkan diri menjelang kem latihan skuad senior kebangsaan bermula Jumaat ini.

Umum mengetahui situasi yang sedang dihadapi KL City, di mana pasukan itu sedang bergelut untuk mencari dana bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan jurulatih, di mana ia amat dirasai penyerang muda itu.

Ketika majoriti pemain sudah memulakan latihan bersama kelab masing-masing, Haqimi Azim terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani latihan bersama skuad Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu.

"Saya berada dalam pasukan kebangsaan tahun ini, jadi saya mahu mempersiapkan diri saya sebab ramai tahu, KL City masih belum memulakan latihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jadi saya bekerja keras untuk mencari latihan sendiri, kecergasan sendiri untuk mengekalkan stamina saya bagi panggilan kebangsaaan nanti.

"Sebagai pemain muda, saya memerlukan banyak pengalaman dan saya kekal dahulu di KL City demi menimba pengalaman dan mencari gaya permainan dan minit permainan.

"Jadi saya kekal bersama KL City untuk musim ini," katanya.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video