Skip to main content

Bola Sepak

Hanya Jadon Sancho pemain tunggal Man Utd rangkul trofi musim ini, Antony kembali hampa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sancho.jpg
Jadon Sancho muncul satu-satunya pemain dari Manchester United yang berjaya merangkul kejuaraan bersama kelab sementara, Chelsea, musim ini.

Pemain kebangsaan England itu menghabiskan tempoh pinjaman di Les Blues dengan kenangan manis apabila membawa pulang trofi Liga Persidangan Eropah (UECL) menewaskan Real Betis.

Lebih mengagumkan, Sancho turut menjaringkan gol dalam perlawanan akhir itu. 

Di sebalik prestasi merudum The Red Devils yang gagal mencatatkan pencapaian terbaik musim ini, Sancho individu tunggal yang mengakhiri saingan dengan senyuman. 

 

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berada di tempat ke-15, tidak berhasil mempertahankan gelaran Piala FA Inggeris dan kempunan menggondol piala Eropah selepas tumpas kepada Tottenham Hotspur dalam aksi akhir Liga Europa (UEL). 

Jika Sancho sedang meraikan kejayaan, rakannya di Old Trafford, Antony, yang turut menjalani tempon pinjaman bersama Real Betis terpaksa menelan pahit menerima kekalahan tersebut.

Meskipun mengharungi permainan bersama wakil Sepanyol itu dengan penuh cemerlang, Antony tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya apabila gagal membantu Betis mendapatkan kejuaraan.

 

Advertisement

Must Watch Video