Skip to main content

Bola Sepak

Hanya dengan sekeping kertas? -- Zaquan Adha umum bersara dengan linangan air mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaquan-bersara.jpg
Bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia.

Bagaimanapun, ia bukanlah pengakhiran yang diidamkan penyerang berusia 37 tahun itu memandangkan dia hanya diutuskan sekeping surat memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak dilanjutkan.

Dalam satu temu bual penuh beremosi bersama wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, Zaquan Adha, dengan penuh kehibaan, berkata: "Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak. Pasukan Negeri Sembilan sebenarnya sudah berlatih hampir seminggu tetapi saya tidak dapat apa-apa makluman daripada pihak pengurusan sebelum ini.

"Semalam, malam Ramadan pertama, saya hanya menerima sekeping surat, kontrak saya tidak disambung.

"Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Kerana mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?

"Saya rasa, saya terima dengan hati terbuka bahawa rezeki saya setakat di sini bersama dengan NSFC."



Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, bekas kapten skuad Jang itu berkata: "Sebenarnya, sekembalinya saya bersama pasukan Negeri Sembilan -- lahirnya saya sebagai pemain bola sepak adalah bersama Negeri Sembilan, jadi seboleh-bolehnya saya mahu mengakhiri karier bola sepak saya juga bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Secara tidak langsung, saya mahu terus bekhidmat dalam kejurulatihan -- itulah perancangan asalnya.

"Tetapi, seperti yang saya cakap tadi, rezeki saya sampai di sini dan apabila jadi seperti ini, saya rasa saya tidak akan ke mana-mana, saya rasa saya akan bersara dan tidak akan sertai pasukan lain untuk bermain.

"Kerana dunia saya bola sepak. Apabila terjadi macam ini, saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak. Mungkin saya bersaralah."




 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video