Skip to main content

Bola Sepak

Hanya bertahan 2 aksi bersama KL City, Hidalgo dipanggil kembali ke JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hidalgo.jpg
Kuala Lumpur (KL) City terpaksa melupakan khidmat bekas bintang Sri Pahang, Manuel Hidalgo, yang kembali ke kelab asalnya berkuat kuasa serta merta.

Ia sekali gus, menamatkan tempoh pinjamannya bersama skuad Warga Kota itu dan kembali ke pangkuan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Meskipun sekadar beraksi dua perlawanan ketika menentang Imigresen dan Sabah, Hidalgo sempat membantu pasukan bimbingan Risto Vidakovic itu dengan mencetak satu gol dan satu bantuan jaringan menyaksikan The City Boys memperoleh kemenangan 3-0 berdepan Imigresen.

"Terima kasih Manu! Semoga yang terbaik untuk masa depan anda bersama kelab asal," kata KL City dalam satu kenyataan. 

 

Pada 28 Februari tahun lalu, Harimau Selatan sah menandatangani pemain berusia 26 tahun itu secara tetap dan kemudiannya dipinjamkan semula ke Sri Pahang. 

Selepas berkelana selama satu musim di mana tonggak kelahiran Argentina itu membawa Tok Gajah ke final Piala Malaysia, Hidalgo menyertai KL City sebagai pasukan baharu, namun jodohnya tidak berkekalan apabila dipanggil semula menyertai JDT.

Ini bakal menjadi kali pertama buat dirinya menyarung jersi JDT dan berkhidmat buat skuad kendalian Xisco Munoz yang dikhabarkan memperluas pilihan serangan. 
Football Shoes

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video