Pengurus Barcelona, Hansi Flick, menegaskan bahawa pasukannya tidak memberi tumpuan kepada kedudukan LaLiga, sebaliknya hanya mahu menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.
Barca berpeluang untuk kembali ke puncak liga sekiranya mereka menewaskan Rayo Vallecano di Stadium Olimpik pada awal pagi ini.
Peluang ini muncul selepas Real Madrid dan Atletico Madrid sekadar seri 1-1, sehari sebelum itu.
Barcelona sempat mengungguli takhta LaLiga selama 14 perlawanan pertama musim ini, namun kehilangan kedudukan tersebut apabila Madrid memintas mereka.
Bagaimanapun, keputusan terbaru membuka kembali peluang buat pasukan kendalian Flick itu.
Ketika ini, Barca berada di tangga ketiga dengan tiga mata di belakang Madrid tetapi memiliki kelebihan daripada segi perbezaan jaringan.
“Kami tidak perlu melihat kedudukan liga.
“Masih banyak perlawanan yang perlu diharungi dan apa yang kami mahu tunjukkan adalah prestasi yang baik,” katanya kepada wartawan.
“Saya merasakan pasukan ini semakin yakin dengan keupayaan mereka dan berada dalam keadaan yang baik. Itu adalah perkara paling penting.
“Saya juga dapat melihat keinginan pemain untuk menunjukkan identiti dan mentaliti sebenar mereka.
"Itu adalah sesuatu yang sangat baik untuk kami sebagai barisan kejurulatihan.
“Matlamat kami adalah untuk terus meningkat dan saya percaya itulah yang sedang kami lakukan,” tambahnya.

Hustle Culture ? #BarçaRayo pic.twitter.com/Bf0ahU36Ab
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 16, 2025