Skip to main content

Bola Sepak

Hannah Yeoh tegur persatuan anak tirikan sukan wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegur tindakan sesetengah persatuan yang sering meletakkan sukan wanita sebagai pilihan kedua.

Justeru, perkembangan atlet wanita tampak terbantut berikutan sikap anak tiri yang berpendapat sukan berteraskan wanita tidak mampu melangkah jauh.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia Sukan (KBS) sedia memperuntukkan RM840,000 menerusi geran padanan sukan untuk penganjuran Liga Wanita Nasional (LWN) 2025.

"Kita telah mula melihat bagaimana khususnya MSN memberikan sokongan khas kepada acara-acara sukan wanita.

"Contohnya Sukma (Sukan Malaysia), apabila sumber terhad (maka) mereka akan menggugurkan acara untuk wanita. 

"Ini tidak adil, wanita tidak semestinya tidak berpeluang untuk menang kepada Malaysia ketika bertanding di luar negara," kata dalam Majlis Pelancaran LWN 2025 yang disempurnakan Hannah hari ini. 




Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob, pula bertegas pihaknya kini lebih selesa berbelanja untuk pastikan penganjuran LWN berjalan lancar.

Apatah lagi platform itu sendiri adalah jambatan utama pemilihan pemain ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

"Liga Puteri dan LWN akan menjadi platform pemilihan. 

"Kami tidak akan sebarangan membuat pemilihan dari kancah lain," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video