PIALA ASIA
Hannah Yeoh jawab kenapa bola sepak dapat dana RM5j
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuat naik satu 'posting' di akaun Facebook peribadinya mengenai dana RM5 juta yang disalurkan oleh kerajaan kepada FAM.
"Sejujurnya, sebelum saya masuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), saya pun mempunyai pendapat yang sama bahawa tak perlu bagi banyak dana kepada bola sepak. Tetapi sekarang saya sudah memahami. Mari kita bandingkan.
"Kali pertama dalam 42 tahun, Malaysia layak secara merit ke Piala Asia. Ranking Harimau Malaya dalam pasukan E paling bawah. Mereka ke sana untuk melakukan yang terbaik. Mereka cuba. Lawan Jordan, kalah. Mereka cuba lagi, lawan Bahrain, main dengan baik tapi saat akhir pihak lawan jaringkan satu gol. Lawan Korea mampu seri 3-3. Sekali lagi, bandingkan ranking dalam jadual ini.
Iklan
"Para peminat sukan paling popular di Malaysia ini tanya bagaimana Kerajaan boleh bantu pasukan Harimau Malaya untuk terus maju lagi. Target kita untuk mereka terus layak ke Piala Asia. Tapi tanpa dana, bagaimana mereka boleh bersaing? Mari kita bandingkan dana pihak lawan.
"Ya, pasukan Harimau Malaya perlukan lebih banyak pendedahan luar negara. Sekali terbang bukan murah. Dana RM5 juta ini hanya mampu membantu kurangkan beban kewangan FAM. FAM masih perlu cari dana tambahan. Kementerian Kewangan sudah letakkan syarat-syarat untuk memantau penggunaan dana ini oleh FAM. Tidak boleh digunakan untuk kos operasi pejabat, bil utiliti dan pembayaran emolumen. Dana ini boleh diaudit bila-bila.
"Kita ada 103 jenis sukan. Bukan semua sukan mempunyai peminat yang sama banyak. Sekali buat skrin besar, beribu-ribu rakyat keluar menonton. Ekosistem bola sepak dunia juga berbeza. World Cup dan Asian Cup melibatkan duit berbillion USD.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/01-jan/27/budget-perbandingan.jpg)
"Bola sepak negara sudah ada kemajuan. Sebagai kerajaan, kita bantu setakat yang mampu. Saya yakin dengan penambahbaikan lain yang KBS akan laksanakan melalui insentif cukai dan program pembangunan bakat, kita boleh terus melangkah ke hadapan.
"Saya akan berjumpa dengan jurulatih Kim Pan Gon selepas ini dan mendengar rancangan beliau. Pandangan pakar akan diterima, termasuk juga pandangan pengkritik yang membina yang sama-sama mahu pasukan kita berjaya.
"Bola sepak lazimnya dikenali sebagai sukan rakyat. Adalah wajar bagi PMX dan KBS membuat keputusan dengan menyalurkan dana tambahan kepada FAM setelah Harimau Malaya berjaya mengeluarkan taring di Piala Asia dan rata-rata penyokong bola sepak negara sangat menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Harimau Malaya.
"Kita perlu selalu percaya kepada proses. Lambat atau cepat, saya pasti Harimau Malaya akan berjaya suatu hari nanti.
Saya mahu fokus kerja di hadapan. Majulah sukan untuk negara!" - kata Hannah Yeoh menerusi akaun Facebook peribadinya.
Must-Watch Video