Skip to main content

Bola Sepak

Hamstring nafi Ryan Sessegnon ikuti jelajah pra-musim Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ryan-sessegnon.jpg
Pertahanan Tottenham, Ryan Sessegnon, berdepan kekecewaan berganda terhadap kecederaan hamstringnya kebelakangan ini sambil berikrar untuk kembali lebih kuat.

Malam tadi, Spurs mengesahkan bahawa Sessegnon telah menjalani pembedahan di hamstring kirinya berikutan kecederaan pada minggu pertama latihan pra-musim di bawah pengurus baru, Ange Postecoglou.

Bek kiri itu kerap dibelenggu kecederaan otot musim lalu dan kini berdepan satu lagi tempoh rehat yang panjang.

"Hancur hati saya dan saya tidak pasti apa yang perlu katakan sekarang tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua mesej baik yang saya terima," katanya di Instagram.

 

“Mudah-mudahan situasi ini mampu menawarkan cahaya di hujung terowong. 

"Saya berasa sangat bersemangat dan bermotivasi untuk kembali lebih kuat daripada sebelumnya dan kembali dengan aksi terbaik demi anda semua.”

Sehubungan itu, Sessegnon yang hanya membuat 56 penampilan bersama Tottenham sejak tiba pada musim panas 2019 kini akan terlepas kunjungan kelab itu ke Perth, Bangkok dan Singapura.
 

Advertisement

Must Watch Video