Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, memaklumkan bahawa dia sudah menghubungi pihak Istana Selangor untuk memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Hamidin dipetik sebagai berkata: "Saya memahami dukacita DYMM Tuanku. Saya sudah menghubungi pihak Istana Selangor semalam.
"Pagi ini, saya turut menghantar surat rasmi bagi memohon menghadap DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj .
"Izinkan saya menghadap Tuanku terlebih dahulu."
Terdahulu, Sultan Sharafuddin semalam menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ahli FAM, khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor kerana ketidakhadiran pasukan itu ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan MFL itu, yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

"Saya memahami dukacita DYMM Tuanku . Saya sudah menghubungi pihak Istana Selangor semalam. Pagi ini saya turut menghantar surat rasmi bagi memohon menghadap DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj . Izinkan saya menghadap Tuanku terlebih dahulu."
— Syifa Nasir (@syfansr) June 27, 2024
- Datuk Hamidin@ASTROARENA pic.twitter.com/MuIUbb9p1U