Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin beri kepercayaan penuh kepada Pau Marti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin.jpg
Pembantu ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, akan menggalas tugas selaku pemangku pengendali sementara menggantikan Kim Pan-gon yang berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan pelantikan jurulatih kelahiran Sepanyol itu sebagai pengganti seketika pasukan Harimau Malaya.

Sehubungan itu, Presiden FAM,  Datuk Hamidin Mohd Amin, telah mengadakan pertemuan penting bagi membincangkan hala tuju pasukan utama itu bersama pengganti jurulatih tersebut di Mallorca, Sepanyol, pagi tadi.

Hal ini kerana, Chef de Mission (CDM) Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu juga sedang memantau rapi persiapan skuad berbasikal negara yang sedang menjalani latihan di sana sebelum berangkat ke temasya berprestij itu.
 
"Kebetulan Pau Marti sedang pulang bercuti di Sepanyol dan saya terus menghubungi dia untuk datang bagi membicarakan serba sedikit mengenai perancangannya selepas diumumkan sebagai pemangku ketua jurulatih.

"Saya yakin dan percaya bahawa Pau Marti dan barisan kejurulatihan sedia ada termasuk E. Elavarasan akan meneruskan kesinambungan dan legasi yang ditinggalkan oleh Kim Pan-gon bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya selepas ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video