LIGA PERDANA MSIA

Hamdan disahkan hidap leukemia

Penulis Jemputan 10/07/2017 | 09:24 MYT
Penjaga gol PDRM, Muhammad Hamdan Sairi, berdepan dugaan besar apabila disahkan menghidap leukemia dan kini sedang mendapatkan rawatan penuh di hospital.
Hamdan mula dimasukkan ke hospital pada 16 Julai lalu selepas mengalami demam panas melampau yang pada mulanya disangka virus denggi.
Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan rapi, pemain berusia 29 tahun itu terpaksa menerima hakikat apabila disahkan menghidap leukemia.
Selepas kali terakhir membuat penampulan dalam saingan Liga Perdana berdepan PKNP FC pada 24 Mei lalu, Hamdan sehingga kini masih terlantar di hospital selepas menjalani rawatan kemoterapi yang pertama.
Sementara itu, isterinya, Nordiani Abdul Rahim, hanya mengharapkan sokongan daripada semua pihak di mana doktor menjangkakan Hamdan memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pulih sepeluhnya.
"Memang terkesan sangat kerana sehingga hari ini kami tidak balik untuk beraya. Malah, anak-anak pun bertanya, 'ayah mana?'.
"Kalau sebut pasal anak, memang dia (Hamdan) akan menangis, jadi saya tak nak dia terlalu berfikir.
"Dia berkata selepas keluar daripada hospital, dia mahu meraikan hari raya bagaikan hari raya pertama bersama anak-anak," jelas Nordiani.
Tambahnya, Hamdan turut bermimpi merayu kepada jurulatihnya agar terus membenarkan dia bersama-sama pasukan.
"Ada satu malam dia bermimpi merayu kepada jurulatih agar mengekalkannya bersama pasukan meskipun sekadar memanaskan bangku simpanan.
"Dia benar-benar sayangkan kariernya," ujarnya.
;