Skip to main content

Bola Sepak

Halilovic kembali warnai LaLiga bersama Las Palmas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

halilovic-seals-laliga-return-with-las-palmas.jpg
Las Palmas mengumumkan ketibaan Alen Halilovic dari Hamburg menerusi perjanjian pinjaman selama 18 bulan. 

Pemain Croatia berusia 20 tahun itu beralih angin ke Bundesliga dari Barcelona, Julai lalu, tetapi bergelut untuk menyesuaikan diri di Jerman dan tidak diturunkan sejak 21 Oktober lalu. 

Pemain tengah menyerang itu kembali ke LaLiga secara pinjaman jangka pendek, dengan Las Palmas memiliki pilihan untuk mengekalkannya andai perkembangan Halilovic di Gran Canaria memberangsangkan. 

"Las Palmas dan Hamburg mencapai persetujuan tentang perpindahan pemain antarabangsa Croatia, Alen Halilovic, sehingga penghujung musim 2017-2018," menurut kenyataan kelab Sepanyol itu. 

"Dalam kontrak pinjamannya, kelab ini telah diberi pilihan sama ada mengekalkan pemain muda itu."

Halilovic diuar-uarkan sebagai salah satu permata Eropah sejak tiba di Barca dari Dinamo Zagreb pada 2014. 

Musim lalu, dia dipinjamkan ke Sporting Gijon dengan menjaringkan lima gol dalam 37 perlawanan sebelum dilepaskan ke Hamburg dengan nilai EUR5 juta (RM23.6j).

Perjanjian itu turut melibatkan pilihan menebus semula pembeliannya bernilai EUR10j dalam dua musim awal sebagai pemain Hamburg, selain mempunyai hak untuk menolak perpindahannya ke kelab lain. 

Perjanjian itu menjelaskan sebab mengapa Halilovic berhijrah ke Las Palmas.

Pengarah Sukan Hamburg, Jens Todt, memberitahu laman sesawang rasmi kelab itu: "Jika kedua-dua pihak tidak gembira dengan situasi itu, kami perlu mencari jalan penyelesaian. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Alen di Las Palmas."

Advertisement

Must Watch Video