LIGA SUPER MSIA

Hadi Fayyadh mahu bantu PDRM capai sasaran

Ammar Hakim 26/07/2023 | 11:01 MYT
Pemain pinjaman Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak, tidak sabar tunjuk belang bersama PDRM dan berharap kelibatnya mampu menyelesaikan masalah ketajaman jentera serangan Sang Saka Biru musim ini.
Selepas melalui proses latihan sejak seminggu lalu, Hadi mengakui dia kini perlu cepat mengadaptasi dengan setiap pemain di atas padang agar, keperluan mencetak jaringan lancar.
Masih belum pasti sama ada akan diturunkan menjelang aksi dengan Kelantan, anak jati Perak itu memberikan jaminan dia sedia dengan sebarang tanggungjawab di atas padang.
Bersama dengan pasukan yang dianggap sebagai pembunuh pasukan gergasi, Hadi mengakui dia sebenarnya menggalas tugasan besar kerana setiap perlawanan PDRM dilihat sebagai tumpuan untuk melakar kejutan.
#liga super #Perak #PDRM #Hadi Fayyadh #Bolasepak #DemiLigaKita
;