Erling Haaland terkilan terlepas Piala Dunia di Qatar sambil menamakan Brazil dan England antara pasukan yang mampu menjuarainya.
Haaland tidak akan tampil dalam temasya berkenaan memandangkan Norway gagal layak selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka di belakang Belanda dan Turki, sehubungan itu penyerang Manchester City tersebut akan berehat seketika sebelum bola sepak domestik di England disambung semula pada akhir bulan depan.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang telah meledak 23 gol dalam 18 perlawanan buat City sejak meninggalkan Borussia Dortmund pada awal musim ini, berkata bahawa dia tidak akan keterlaluan dalam latihannya sepanjang temasya di Qatar berkenaan berlangsung.
“Sudah tentu saya berharap untuk bermain dalam Piala Dunia tetapi itulah realitinya ketika ini bahawa saya tidak mencapainya. Tetapi saya akan banyak merehatkan badan dan fikiran, kemudian berlatih,” katanya kepada Sky Sports.
"Apakah bentuk latihan yang saya jalani? Saya rasa tiada apa yang istimewa, ia berjalan lancar pada bulan pertama saya di City, jadi saya tidak perlu melakukan banyak perubahan.
"Ia mengenai persiapan diri untuk separuh musim seterusnya dan bersedia apabila perlawanan berikutnya bermula selepas rehat."
Ketika ditanya pasukan manakah yang dipercayai mampu memenangi Piala Dunia, Haaland berkata: "Saya fikir pasukan pilihan haruslah Brazil, Argentina, Perancis dan mungkin England. Saya tidak boleh hanya mengatakan satu sahaja kerana terdapat begitu banyak pasukan yang bagus."
Haaland diturunkan dalam enam perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama Norway yang menyaksikannya dia menjaringkan lima gol sebelum menokok enam jaringan lagi dalam enam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), sehubungan itu penyerang tersebut mahu membawa negaranya layak ke kejohanan besar pada masa akan datang.
"Perkara terbesar yang boleh kami lakukan ialah untuk ke Piala Dunia atau Euro," katanya.
"Sudah tentu ia matlamat saya bersama pasukan kebangsaan. Kami tahu ia sukar tetapi semoga pada masa akan datang saya harap berkesempatan beraksi di sana."

7 - Erling Haaland is the first Manchester City player to score in seven consecutive home games in all competitions since Sergio Agüero in February 2018. Unstoppable. pic.twitter.com/3e7qCXVB6o
— OptaJoe (@OptaJoe) October 22, 2022