Skip to main content

Bola Sepak

Haaland sudah ke Qatar, kata Zorc

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland_1.jpg
Erling Haaland sedang menjalani proses pemulihan kecederaan pahanya di Qatar, demikian disahkan Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc.

Haaland diketepikan ketika pasukannya menentang Lazio dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2 Disember lalu dan kelab itu kemudian mengesahkan pemain kebangsaan Norway berkenaan mengalami kecederaan paha ketika latihan.

Ketiadaannya menyaksikan Dortmund sekadar terikat 1-1 dengan Lazio dan Eintracht Frankfurt tetapi skuad kendalian Lucien Favre itu kemudian menewaskan Zenit untuk menamatkan peringkat kumpulan selaku pasukan teratas.

Pemain berusia 20 tahun itu telah diturunkan sebanyak 14 kali musim ini sebelum mengalami kecederaan berkenaan.

Zorc mengesahkan bahawa penyerang itu sedang menjalani sesi pemulihannya di Qatar selepas memohon kebenaran untuk ke luar negara.

"Dia dikelilingi oleh pakar, itulah permintannya. Dia sentiasa berhubung dengan kami," kata Zorc kepada wartawan.

"Kerana itulah kami akhirnya bersetuju. Perkembangan pertama sudah dilakukan. Dia juga mematuhi undang-undang kebersihan (koronavirus) di sana."
 
Haaland menjaringkan 17 gol buat Dortmund dalam kesemua kejohanan musim ini dengan 10 daripadanya dalam saingan Bundesliga.

Daripada lapan penampilan liga, dia turut melakukan dua bantuan jaringan selain purata satu gol bagi setiap 65 minit 6 saat di atas padang.
 

Advertisement

Must Watch Video