Erling Haaland menjadi pemain terpantas mencecah 10 jaringan buat satu pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika memainkan peranan utama untuk Borussia Dortmund menewaskan Sevilla 3-2 dalam perlawanan pertama pusingan 16 di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan awal pagi tadi.
Bintang muda Norway itu menemui sasaran sebanyak dua kali dalam babak pertama untuk Dortmund bangkit daripada ketinggalan satu gol.
Jaringan Suso pada minit ketujuh meletakkan Sevilla di depan tetapi Mahmoud Dahoud kembali mengikat kedudukan buat Dortmund menerusi percubaan jarak jauhnya.
Haaland kemudian bertindak berani menyudahkan lorongan Jadon Sancho untuk meletakkan pasukan pelawat itu di depan sebelum menyumbat satu lagi gol sebelum waktu rehat menerusi satu serangan balas pantas dan hantaran Marco Reus.
Luuk de Jong merapatkan jurang itu dalam babak kedua tetapi dua gol yang dihasilkan Haaland telah menyaksikan pemain muda itu merekodkan dua digit gol hanya dalam tujuh penampilan UCL bersama Dortmund.
Roy Makaay merupakan pemegang rekod terdahulu apabila melakukannya buat Bayern Munich dalam 10 penampilan UCL.
Haaland juga telah menjaringkan 18 gol daripada 13 penampilannya dalam kejohanan itu -- rekod yang hanya mampu dilakukan Robert Lewandowski sejak permulaan musim 2019-20.
Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, Cristiano Ronaldo gagal menemui sasaran dalam 13 penampilan UCL pertamanya manakala Lionel Messi hanya dapat menjaringkan tiga gol dengan jumlah perlawanan sama.

1 - @BlackYellow have celebrated their first @ChampionsLeague away win against a Spanish side in over 24 years - in October 1996, Dortmund won 1-0 against Atlético en route to winning the competition that season. Sign? #SEVBVB pic.twitter.com/dlAywxY2l8
— OptaFranz (@OptaFranz) February 17, 2021