Skip to main content

Bola Sepak

Gvardiol semakin hampir lengkapkan perpindahan ke Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_71379452.jpg
Manchester City semakin hampir melengkapkan perpindahan pemain pertahanan RB Leipzig, Josko Gvardiol, dengan yuran perpindahan bernilai EURO90 juta.

Leipzig dikatakan mahu mendapatkan bayaran EURO100 juta untuk pemain antarabangsa Croatia itu.

Bagaimanapun, nampaknya City telah berjaya meneruskan perpindahan itu dan Gvardiol dijangka menjalani pemeriksaan perubatan hujung minggu ini.

Gvardiol akan menambah saingan di bahagian kiri pertahanan City, setelah membantu Croatia mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 dan kemudian final Liga Negara-Negara, di mana mereka ditewaskan oleh Sepanyol.

Pemain tengah, Mateo Kovacic setakat ini merupakan satu-satunya pembelian City pada musim panas, dengan pemain Croatia itu telah berpindah dari Chelsea pada bulan Jun.

City menyaksikan kapten, Ilkay Gundogan berhijrah ke Barcelona secara percuma dan Riyad Mahrez minggu lalu melengkapkan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ahli dengan perjanjian bernilai GBP30 juta.

Juara Liga Perdana Inggeris itu akan menentang Arsenal dalam saingan Perisai Komuniti FA di Wembley pada hari Ahad.

Advertisement

Must Watch Video