Skip to main content

Bola Sepak

The Gunners tandatangani Anneka Borbe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
Arsenal telah menandatangani penjaga gol baharu, Anneka Borbe, dari pasukan VFL Wolfsburg II untuk menghadapi musim baru.

Pemain berusi 24 tahun itu menyertai skuad wanita itu secara percuma selepas tempoh kontraknya tamat bersama VFL Wolfsburg II.

Dia juga adalah pemain ketiga yang dibawa Gunners selain Chole Kelly dan Taylor Hinds yang turut menyertai secara percuma.

Borbe telah membantu Wolfsburg menduduki tempat kedua dalam Bundesliga dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Wanita, yang mana disingkirkan oleh naib juara, Barcelona.

"Saya sangat berbangga untuk menyertai kelab ini.

"Saya teruja untuk datang dan menjadi sebahagian daripada Arsenal pada masa yang menakjubkan.

"Saya tidak sabar untuk beraksi bersama rakan sepasukan," katanya dalam media sosial rasmi Arsenal.

Advertisement

Must Watch Video