Gugurkan Mbappe tanda kurang bersyukur -- Upamecano
Adli Aidy
November 13, 2024 15:47 MYT
November 13, 2024 15:47 MYT
Dayot Upamecano percaya sikap kurang bersyukur telah ditunjukkan skuad kebangsaan Perancis terhadap Kylian Mbappe selepas nama penyerang itu keciciran bagi dua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) minggu ini .
Menurut ketua jurulatih, Didier Deschamps, Mbappe akan direhatkan bagi pertemuan menentang Israel dan Itali.
Kapten Perancis itu juga tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan terakhir bersama Les Bleus walaupun kembali cergas tepat pada waktunya menjelang tempoh rehat antarabangsa bulan lalu, sekali gus menjadi tumpuan dengan ketiadaan.
Mbappe telah menjaringkan 48 gol dalam 86 penampilannya bersama Perancis dan membantu mereka menjulang Piala Dunia 2018 selain kejuaraan UNL 2020-21.
Walaupun terdapat beberapa spekulasi mengenai ketiadaaan Mbappe dalam pasukan Perancis, Upamecano tampil pertahankan rakan sepasukannya dan berharap kapten Perancis itu dapat kembali dengan segera.
"Adakah saya risau (tentang Mbappe)? Tidak. Kita tak boleh lupa apa yang telah dia sumbangkan kepada pasukan Perancis. Kita kurang rasa bersyukur terhadap Mbappe," kata Upamecano.
"Kami berharap dapat beraksi bersama secepat mungkin. Kami tak boleh lupa yang dia adalah kapten kami."