Pep Guardiola percaya barisan Manchester City yang dikemudinya sudah bersedia menghadapi tekanan dalam perebutan gelaran.
City menikmati hujung minggu yang luar biasa dalam usaha menjamkin mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) keempat berturut-turut apabila cemerlang membenam Luton sambil pencabar terdekat, Liverpool dan Arsenal, gagal menghambat kedudukan mereka.
Anak buah Guardiola kini bukan sahaja pilihan untuk mengekalkan kejuaraan mereka malah di kedudukan yang kukuh untuk melengkapkan 'treble' kedua yang tidak belum berlaku.
“Mereka suka bermain di bawah tekanan,” kata pengurus City itu.
“Pemain saya menggemarinya tanpa mengira peluang sudah tertutup mahupun masih hidup.
“Ini tidak bermakna kami sudah mencapai sesuatu tetapi saya cukup pasti bahawa kami akan terus begini kerana saya cukup mengenali mereka, saya menatap wajah mereka sebelum perlawanan dan lihat bagaimana mereka membuat persediaan.
“Adakah ini bermakna kami akan menjuarai EPL? Tidak, tidak. Saya tidak berkata demikian. Tetapi kami akan terus bersaing, itu sudah pasti.”
Shaiful Shamsudin
Mon Apr 15 2024