Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola tidak rela Man City dijerat Watford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
Pep Guardiola melontarkan amaran kepada Manchester City agar berwaspada terhadap Watford, malam ini, sambil pengurus kelahiran Sepanyol itu menghamburkan pujian kepada pengurus The Hornets, Claudio Ranieri.

City ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Chelsea, selepas 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Aston Villa 2-1, kelmarin, manakala barisan Thomas Tuchel itu menang tipis dengan angka sama ke atas Watford. 

Watford yang baru melantik Ranieri menumpaskan Manchester United 4-1 di laman sendiri pada hujung bulan lalu, lantas Guardiola menegaskan pasukannya perlu berhati-hati ketika menentang sebuah pasukan yang bergelut di sebalik memenangi enam perlawanan terakhir. 

"Saya tahu apa yang Watford mahu lakukan dan apa yang mereka telah lakukan, mereka menjayakannya dengan sangat baik," kata Guardiola kepada pemberita dalam sidang akhbar pra-perlawanan. 

"Ketika berdepan United mereka beraksi dengan baik, menentang Chelsea mereka memperagakan permainan yang sangat bagus. Keputusan sangat sengit. 

"Walaupun mereka tewas bertemu Leicester, tetapi mereka memiliki lebih banyak peluang. Setiap perlawanan seperti itu. Kami perlu berhati-hati sambil menampilkan satu lagi persembahan yang menarik."


 

Guardiola, yang memenangi kesemua sembilan pertemuan dengan Watford dalam setiap kejohanan dengan agregat 39-3, turut memuji barisan bimbingan Ranieri itu atas peranannya dalam bola sepak.

“Bola sepak perlu bersyukur kerana masih bernyawa di samping orang penting seperti Claudio Ranieri,” tambahnya. 

“Pencapaian kariernya adalah menakjubkan, Leicester adalah penanda aras.

"Dia pernah menggalas jawatan di Sepanyol, Itali, Perancis -– saya mengagumi orang seperti ini. Apa yang telah mereka lakukan, tetap bersemangat, bertenaga untuk melakukannya.

"Apabila mereka tewas kepada Liverpool, berdasarkan keyakinan yang ditunjukkannya dalam sidang media selepas itu, kalau saya pasti tertekan. Sejurus kekalahan dalam perlawanan pertama, dia masih mampu berkata, 'Ikut saya, kita akan menang'.

"Saya amat mengagumi mereka kerana masih mempunyai semangat ini, tenaga ini. Seronok untuk berjumpa dengannya lagi, saya tahu keputusan ketika menentangnya sentiasa tidak baik."


Klassiker: Haaland belum cergas sepenuhnya jumpa Bayern  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Topik Berkaitan

Must Watch Video