Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola nikmati kebangkitan Stones di City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stones.jpg
Pep Guardiola berkata bahawa dia gembira apabila Manchester City dapat kembali menyaksikan aksi terbaik John Stones tetapi mahu pertahanan kebangsaan England itu mengekalkan prestasinya.

Sejak hujung minggu sebelum sambutan Hari Natal musim lalu, Stones hanya memulakan lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain tiga kali diturunkan sebagai pemain gantian.

Tetapi Stones beraksi dalam kesemua tiga perlawanan liga menentang Burnley, Fulham dan Manchester United sebelum Guardiola merombak pasukannya dengan memilih Ruben Dias dan Nathan Ake dalam perlawanan EPL menentang West Brom, Rabu lalu.

Stones kelihatan sudah kembali dan bersedia untuk memainkan peranan besar bersama City susulan kecederaan dan beberapa masalah di luar padang yang menjejaskan kariernya, seperti yang dijelaskan Guardiola.

Terdapat persaingan yang hebat bagi merebut tempat di posisi pertahanan tengah di mana Aymeric Laporte turut berada dalam senarai pilihan tetapi Guardiola memandang tahap kecergasan dan tumpuan Stones sebagai aset utama.

"Tetapi ia hanya dua atau tiga perlawanan," kata Guardiola.

"Seorang pemain pertahanan perlu sentiasa tekal sepanjang musim, jadi dia telah memberikan perasaan yang amat-amat baik."

Bekas pengendali Barcelona itu menambah: "Dia bermain dengan amat baik dan ia telah membantu keyakinannya untuk melakukannya. Sudah pasti masalah peribadinya sudah diselesaikan, ia jauh lebih baik. Dia seorang pemain yang amat peka dan ia membantunya untuk kembali fokus."

City akan turun berdepan Southampton malam ini dengan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Liverpool.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video