LIGA INGGERIS
Guardiola: Emery minta saya bawa Silva ke Barcelona
Pep Guardiola telah dicadangkan untuk mendapatkan khidmat David Silva ketika dia beraksi untuk Valencia tetapi pemain itu terlalu mahal untuk dibawa masuk ke Barcelona.
Silva, yang dilihat sebagai salah seorang pemain terbaik di dalam sejarah Manchester City, berhijrah meninggalkan Valencia untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada 2010.
Guardiola mendedahkan beliau telah dicadangkan oleh bekas pengendali Valencia, Unai Emery, untuk membawa Silva menyertai Barcelona, namun kelab enggan bersetuju dengan nilai perpindahan pemain itu yang dianggap terlalu mahal.
Iklan
"Ketika saya bersama Barcelona, Unai Emery memberitahu kepada saya, 'David Silva adalah pemain untuk anda, untuk Barcelona. Percaya kata saya bahawa dia adalah pemain Barcelona'," kata Guardiola.
"Jangkaan beliau tepat. Silva adalah seorang pemain yang istimewa.
"Saya sentiasa memberitahu kepada Silva untuk menjaringkan gol. Kerana jika dia mampu menjaringkan gol, ia akan menjadikan dirinya pemain yang lebih berkualiti.
"Kami berharap dapat membentuknya untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
"Silva sentiasa membuat saya mengagumi dirinya. Dia telah berjaya mencipta kejayaan bersama Manchester City."
Must-Watch Video