Griezmann menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Atletico Madrid
Daeng Dhadyry Dahasry
Disember 20, 2023 13:15 MYT
Disember 20, 2023 13:15 MYT
Antoine Griezmann lakar sejarah menyamai rekod sepanjang zaman Atletico dalam perlawanan menentang Getafe yang bangkit untuk meraih keputusan seri tiga sama.
Pemain dari Perancis, Griezmann menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukannya dengan Luis Aragones sebagai penjaring rekod kelab dengan jumlah 173 gol, tetapi masih tidak cukup untuk mengutip tiga mata penuh kerana Getafe bangkit daripada ketinggalan 3-1.
173 goles. Historia. pic.twitter.com/AZjYWynfcz
— Atlético de Madrid (@Atleti) December 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia adalah kali pertama pasukan Diego Simeone, yang tempang dengan 10 pemain selepas Stefan Savic dibuang padang pada minit ke-38, kehilangan mata di tempat sendiri musim ini.
"Selepas bermain setiap tiga hari dan pasukan kurang dengan 10 pemain sepanjang majoriti aksi, anak buah mempamerkan usaha yang besar. Ia adalah perlawanan yang sukar, kami tahu itu," kata pengurus Atletico, Simeone kepada DAZN.
"Saya sangat gembira untuk Griezmann, seorang pemain yang merupakan sebahagian daripada sejarah kelab. Dia sentiasa memberikan segala-galanya dan sangat penting bagi kami."
Atletico menduduki tempat ketiga dalam saingan LaLiga dengan 35 mata, berkongsi mata bersama Barcelona di tempat keempat, yang menjadi akan tuan rumah kepada Almeria pada hari Rabu. Girona pula di puncak liga dengan 44 mata.
Reparto de puntos en el Cívitas @Metropolitano. • #AúpaAtleti • #AtletiGetafe • pic.twitter.com/98xyy00sdr
— Atlético de Madrid (@Atleti) December 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.