Skip to main content

Bola Sepak

Griezmann ledak gol ke-200 bersama Atletico Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giman.jpg
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann, mencipta sejarah tersendiri apabila menjaringkan gol ke-200 bersama Atletico Madrid.

Pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan satu gol ketika membantu Los Colchoneros menewaskan Eintracht Frankfurt 5-1 di laman sendiri awal pagi tadi.

Dia menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Atletico selepas gol ketika menentang Real Madrid pada Januari 2024 sebelum ini memastikan dia mengatasi Luis Aragones dengan jumlah 173 gol.


 


"Saya gembira dan bangga kerana telah mencapai ke tahap ini, Ia tidak mudah. Pasukan mempunyai momentum yang baik dan perlu terus d jalan ini." katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Atletico melakar kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) 2025/25 untuk berada di kedudukan keeanm dengan tiga mata.
Sony Earbud

Fokus Macam Atlet

Latihan lebih padu dengan earbuds sport tanpa wayar, kekal focus setiap sesi.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video