Griezmann bakal guna jenama Decathlon?

Kamal Nizam
Disember 23, 2023 11:37 MYT
Nama Antoine Griezmann hangat diperkatakan selepas dia menyamai rekod Luis Aragones sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Atletico Madrid iaitu 173 gol pada 20 Disember lalu.
Kali ini nama bintang Perancis sekali lagi hangat selepas diberitakan dia bakal berpisah dengan penaja utamanya, Puma, selepas berakhirnya musim ini.
Walaubagaimana pun, dikatakan Puma masih lagi mahu perbaharui kontraknya bersama juara dunia 2018 itu.
Namun mengejutkan apabila, nama Griezmann dikaitkan dengan Decathlon yang berminat untuk menjadikan pemain itu sebagai 'budak poster' bagi syarikat mereka.
Decathlon ketika ini mencuba untuk kembangkan diri mereka dalam pasaran bola sepak dunia, ini apabila mereka sudah pun membekalkan bola perlawanan rasmi bagi saingan Ligue 1 dan juga akan jadi pembekal utama bola bagi Liga Europa dan Liga Conference Eropah bermula 2024 hingga 2027.
Syarikat itu juga telah mengambil Gael Monfils sebagai muka depan bagi sukan tenis dan tidak mustahil jika mereka mampu mendapatkan Griezmann sebagai peneraju produk bola sepak mereka.
#1 #madrid #Griezmann #Atletico #Ligue #Puma #decathlon
;