Jack Grealish dan teman wanitanya, Sasha Attwood, kecewa dengan perkembangan terkini daripada polis yang menyiasat rompakan di rumah agam mereka di Cheshire yang menyaksikan pencuri melarikan barang kemas dan jam tangan bernilai £1 juta (RM5.6j).
Kejadian itu berlaku pada 'Boxing Day' 2023 yang menyaksikan Grealish diturunkan Manchester City untuk menentang Everton.
Attwood dan 10 ahli keluarganya berada di dalam kediaman di Cheshire yang bernilai £5.6j (RM31.8j) itu sewaktu perompak menceroboh masuk dan perompak melarikan diri sebaik penggera dibunyikan.
Bagaimanapun, Polis Cheshire memutuskan untuk menutup kes itu dengan menyifatkan ia sebagai 'penyiasatan terperinci', tanpa suspek yang dikenal pasti.
Grealish dan Attwood terkilan dengan keputusan itu dan kumpulan perompak tersebut kini akan terlepas daripada keadilan.
Bintang England itu mengakui kejadian itu memberi kesan besar terhadap keluarganya dan menulis di Instagram: "Saya tidak dapat menjelaskan betapa hancurnya hati saya atas kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah saya.
"Keluarga saya adalah segala-galanya bagi saya dan tiada yang lebih penting daripada memastikan keselamatan mereka. Ini merupakan pengalaman traumatik bagi kami semua, saya amat bersyukur kerana tiada siapa yang cedera."