Kesan tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL), masa depan pengurus, Erik ten Hag, di Manchester United menjadi tajuk bualan utama.

Akhbar The Independent berkata tiada keputusan besar dijangka dalam masa terdekat sehinggalah hajat bos Ineos, Sir Jim Ratcliffe, memiliki 25 peratus saham kelab itu selesai.

Dalam masa sama, The Sun melaporkan bekas pengendali Chelsea dan Brighton, Graham Potter, menjadi pilihan.




The Red Devils gagal memenuhi jangkaan apabila terkandas awal di peringkat kumpulan UCL dan diejek teruk oleh penyokong di tempat sendiri, semalam.

Mereka akan meneruskan perjuangan musim ini menerusi Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL).