Skip to main content

Bola Sepak

Graham Potter pekakkan telinga tangani tekanan di Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

graham-potter.jpg
Graham Potter tidak akan berselindung di sebalik sokongan yang ditawarkan pemilik Chelsea dan sedia memekakkan telinganya berhubung masa depannya menjelang pertembungan dengan Leeds United.

Pengurus The Blues itu dilantik pada September lalu tetapi sedang berada di bawah tekanan hebat berikutan hanya mencatat satu kemenangan dalam 11 perlawanan.

Kekalahan dalam 'derby' London di Tottenham, hujung minggu lalu, merupakan kekecewaan ketiga berturut-turut mereka tanpa menjaringkan gol untuk menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Ingggers (EPL).

Begitupun, Potter mendapat sokongan pihak atasan The Blues, tetapi dia cukup sedar bahawa anak buahnya harus menyekat rentak buruk mereka apabila menghadapi pasukan bergelut, Leeds, di Stamford Bridge malam ini. 

Ditanya adakah dia masih mempunyai sokongan daripada pemilik, Potter berkata: "Ada sokongan dan saya telah bercakap dengan mereka. Tetapi saya tidak akan berselindung di sebaliknya. Keputusan yang kami raih belum cukup baik."

 

Dia menambah: "Pendirian saya ialah keperluan untuk fokus kepada perlawanan seterusnya. Walau apa pun perbincangan yang berlaku, ia bukan mengenai saya."

Bekas pengurus Brighton & Hove Albion itu tidak begitu mempedulikan spekulasi mengenai tugasnya dalam tempoh yang begitu mencabar ini.

Ditanya bagaimana dia menghadapi bunyi tekanan peminat, dia menjawab: "Dengan tidak terlalu mendengarnya adalah jawapan yang jujur. 

"Saya mengambil langkah demi langkah, fokus kepada perkara seterusnya. Saya melalui setiap hari dan setiap minggu.

"Kami berjuang untuk meningkatkan persembahan. Bercakap adalah satu perkara, kami perlu melakukannya di atas padang."

Advertisement

Must Watch Video