Skip to main content

Bola Sepak

Gotze belum bersedia untuk aksi sulung pra-musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mario-gotze-110717.jpg
Mario Gotze tidak akan mengambil risiko dalam perlawanan pra-musim skuad Borussia Dortmund, awal pagi esok, demikian pengesahan jurulatih, Peter Bosz.

Gotze kembali menyertai latihan selepas mengatasi masalah gangguan metabolisme yang mengetepikan pemain berusia 25 tahun itu sejak Februari lalu. 

Dortmund akan membuka kempen persiapan musim bertemu Rot-Weiss Essen, namun Gotze tidak akan berada dalam senarai pasukan, kata Bosz, apabila bersedia untuk sentuhan pertamanya bersama Dortmund. 

"Mario tidak sihat dalam tempoh yang lama dan tidak berlatih selama lima bulan," kata Bosz. 

"Saya tidak akan membawanya lagi, masih terlalu awal. Kami perlu berhati-hati menanganinya."

Selepas bertemu Rot-Weiss Essen, Dortmund akan menuju ke Asia untuk pertemuan dengan Urawa Reds dan AC Milan. 

Pengarah Bola Sepak Dortmund, Michael Zorc, percaya Gotze akan beraksi tidak lama lagi.

"Kami gembira Mario sudah kembali," kata Zorc. 

"Tanggapan awal mengenainya mengagumkan: dia kelihatan sangat bagus. 

"Kami tidak patut meletakkan jangkaan terlalu tinggi, masih terlalu awal. 

"Ia tempoh yang sukar buatnya tetapi tanggapan awal terhadapnya sangat bagus. Kami berharap mengenai keadaannya dalam beberapa bulan lagi."

Advertisement

Must Watch Video