Skip to main content

Bola Sepak

Goretzka hampa Bayern gagal 'bunuh' perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leon-goretzka.jpg
DORTMUND 2 BAYERN 2 

Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka, tidak dapat berselindung dengan kekecewaannya selepas gergasi Bundesliga itu mengulangi kesilapan sama ketika berkongsi satu mata dengan Borussia Dortmund, awal pagi tadi. 


Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu memimpin permainan 2-0 selepas 53 minit usia pertembungan Klassiker di Westfalenstadion menerusi penyudah Goretzka dan Leroy Sane sebelum kedudukan diimbangi menerusi jaringan Youssoufa Moukoko termasuk ledakan Anthony Modeste dalam masa kecederaan.

"Saya mungkin tidak boleh menjelaskannya dengan kata-kata. 

"Ia menjengkelkan dan menyusahkan Kami. 

"Kami bermain dengan baik, tetapi terlepas kemenangan akibat rentak di penghujung permainan. 

"Ia berlaku terlalu kerap kepada kami sejak kebelakangan ini,” katanya dalam temu bual pasca-perlawanan yang menyaksikan kedua-dua terlepas peluang untuk menerajui liga. 

Sementara itu, Jude Bellingham memohon maaf kerana tertendang muka pertahanan Bayern, 
Alphonso Davies, hingga dikejarkan ke hospital dengan serta-merta.

   

Advertisement

Must Watch Video