Skip to main content

Bola Sepak

Goretzka anggap Musiala antara bakat terbaik di Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamal-musiala-and-leon-goretzka.jpg
Jamal Musiala merupakan antara bakat terbaik yang pernah dihasilkan Jerman, kata rakan sepasukannya, Leon Goretzka.

Musiala mula menyerlah bersama kelabnya, Bayern Munich, dan skuad kebangsaan Jerman, di mana dia menjaringkan 11 gol dalam saingan Bundesliga musim ini selain mempamerkan aksi menarik sewaktu Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu -- walaupun Jerman tersingkir awal.

Goretzka beraksi di samping Musiala, baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa, dan dia menganggap pemain berusia 20 tahun itu sebagai yang terbaik pernah dihasilkan pasukan kebangsaannya.

"Jamal merupakan antara bakat terbesar pernah dimiliki Jerman kerana dia sudah dapat memberikan aksi terbaik secara konsisten," kata Goretzka kepada UEFA.com.

"Dia tidak melalui banyak turun naik, dalam ruang yang sempit, dan dia menciptakan banyak bahaya. Dia memiliki kualiti yang luar biasa. Jika dia terus berusaha seperti itu dan kekal cergas, tiada sebarang batasan untuk dirinya."

 

Goretzka, 28, berasakan adalah menjadi tanggungjawabnya selaku pemain senior untuk membantu pemain yang lebih muda bagi mencapai potensi sebenar mereka dengan berkata: "Ia tugas saya untuk membantu pemain muda dan memberikan contoh yang baik.

Franck Ribery dan Arjen Robben merupakan pemain senior yang membantu saya ketika mula-mula saya tiba di Bayern.

"Jadi, saya melihatnya sebagai tugas saya. Saya tidak akan memberitahu Musiala bagaimana untuk menggelecek atau apa perlu dilakukannyanya setiap hari kerana dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

"Tetapi saya mahu membantunya di atas padang, memberikannya kekuatan atau sentiasa ada untuknya apabila dia memiliki soalan dan membantunya jika ada situasi yang dia masih tidak tahu, seperti perkara berkaitan media yang mungkin perlu dihadapinya pada masa akan datang.

"Kami semua dalam pasukan ini mahu membantunya," katanya.

Bayern akan bertemu Manchester City bagi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu ini sebelum aksi timbal balik di laman sendiri minggu depan.
 

Advertisement

Must Watch Video