JERMAN 1 CHILE 0
Gol tunggal Lars Stindl membolehkan pasukan Jerman kendalian Joachim Low menewaskan Chile 1-0 dalam final Piala Konfederasi untuk muncul juara dalam aksi yang berlangsung di St. Petersburg, Russia, awal pagi tadi.
Skuad Die Mannschaft mempertaruhkan barisan pemain muda dan keputusan Low itu menyebabkannya menerima kritikan sebelum sepak mula kejohanan.
Namun, gol tunggal penyerang Borussia Monchengladbach, Stindl, berjaya memisahkan jurang di antara juara dunia itu dan Chile.
Bagaimanapun, Chile bermula garang dalam 15 minit pertama apabila Eduardo Vargas dan Mauricio Isla menguji gawang Jerman yang dikawal oleh penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen.
Sebelum itu, Ter Stegen terpaksa menghalang menghalang percubaan susulan daripada Arturo Vidal selepas usaha awal Charles Aranguiz dihalang pertahanan, Antonio Rudiger.
Sebaliknya, anak-anak buah Low yang lebih bernasib baik apabila berjaya memecah kebuntuan untuk meletakkan skuad Jerman 1-0 di depan pada minit ke-20.
Kesilapan pemain tengah, Marcelo Diaz, gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Timo Werner merampas bola sebelum melorongkannya buat Stindl yang tenang menolak masuk ke gol tatkala penjaga gol, Claudio Bravo, sudah tertewas.
Babak kedua menyaksikan dominasi Chile yang terus melakukan asakan demi asakan, namun usaha daripada Alexis Sanchez, Vidal dan Vargas terus menemui jalan buntu, dengan menyaksikan kekebalan Ter Stegen mengawal kubu juara Piala Dunia 2018 itu.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat, sekaligus mengesahkan kejuaraan Piala Konfederasi edisi ke-10 menjadi milik Jerman.