Gol sendiri Faes hadiahkan kemenangan liga keempat berturut-turut Liverpool
Ammar Hakim
Disember 30, 2022 07:14 MYT
Disember 30, 2022 07:14 MYT
Wout Faes menjaringkan dua gol sendiri ketika Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leicester City 2-1 di Anfield.
Kiernan Dewsbury-Hall memanfaatkan pertahanan yang lemah Liverpool untuk memberikan pendahuluan awal buat Leicester namun pasukan kendalian Jurgen Klopp dihadiahkan kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris oleh Faes.
Pemain pertahanan itu melakukan percubaan tepat ke sasaran gawang sendiri dua kali pada separuh masa pertama awal pagi tadi untuk meletakkan Liverpool di hadapan.
Liverpool tidak berada pada tahap terbaik mereka, tetapi hanya ketinggalan dua mata di belakang Tottenham di tangga keempat dengan kemenangan dari perlawanan terakhir mereka pada 2022, dengan pemain baru, Cody Gakpo menyaksikan perlawanan tersebut.
2 - Wout Faes is the fourth player with two own goals in a single Premier League game, after Jamie Carragher (1999, Liverpool vs Man Utd), Michael Proctor (2003, Sunderland vs Charlton) and Jonathan Walters (2013, Stoke vs Chelsea). Accomplice. pic.twitter.com/KXuyFExLtP
— OptaJoe (@OptaJoe) December 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.