WC QUALIFYING
Gol Rashford julang England
ENGLAND 2 SLOVAKIA 1
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, menjaringkan gol kemenangan England dan juga jaringan pertama peribadinya di Stadium Wembley ketika menewaskan Slovakia 2-1 dalam aksi kelayakan Kumpulan F, Piala Dunia 2018 peringkat Eropah, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan England hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat di Russia pada tahun hadapan selepas mengungguli Kumpulan F dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.
Iklan
Bagaimanapun, skuad kendalian Gareth Southgate dikejutkan dengan gol awal pelawat ketika permainan baru berusia tiga minit menerusi Stanislav Lobotka yang bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Joe Hart.
Eric Dier menyamakan kedudukan lapan minit sebelum waktu rehat selepas menyempurnakan hantaran hasil daripada sepakan sudut Rashford dari sebelah kanan untuk menjadikan kedudukan 1-1 sebelum tamat babak pertama.
Rashford sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Slovaki, apabila merembat masuk di penjuru kanan gol untuk memberikan pendahuluan buat skuad The Three Lions dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan, mengesahkan kemenangan keenam England dalam kempen kelayakan kali ini.
England hanya memerlukan satu lagi kemenangan apabila melayani kunjungan Slovenia, Oktober depan.
Must-Watch Video