Skip to main content

Bola Sepak

Gol penyerang Myanmar pastikan ASEAN All Stars aibkan Manchester United di Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manchester-united-kalah-kepada-asean-all-stars_1.jpg
Manchester United tewas tipis 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi persahabatan pascamusim, Maybank Challenge Cup, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, barisan bintang United kecundang gara-gara jaringan tunggal penyerang Myanmar, Maung Maung Lwin, dalam babak kedua.

United jelas bergelut sejak dari awal permainan dan percubaan terbaik mereka hadir menerusi percubaan Kobbie Mainoo pada minit ke-37.

Menerusi gerakan yang dimulakan sepakan percuma Bruno Fernandes, Mainoo melakukan percubaan ke gawang All Stars tetapi dinafikan di atas garisan oleh pertahanan Australia, Harrison Delbridge.

Kegagalan The Red Devils dalam menghasilkan jaringan akhirnya dihukum All Stars pada minit ke-71 apabila lorongan licik perancang Australia, Adrian Segecic, disudahkan dengan penyudah kaki kanan Maung Lwin untuk menewaskan penjaga gol, Tom Heaton.

United mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan maruah mereka tetapi gol penyamaan yang dicari-cari tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat.
 

Advertisement

Must Watch Video