Skip to main content

Bola Sepak

Gol masa kecederaan skuad B-23 Malaysia hukum China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-b-23.jpg
CHINA 0 MALAYSIA 1

Skuad Malaysia B-23 berjaya tundukkan China 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa tertutup di Stadium Jinshan, Shanghai.


Di separuh masa pertama, skuad muda Malaysia yang diketuai Mukhairi Ajmal berjaya mengikat 'Jaguh Asia', China tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Azim Al Amin yang telah diberi kepercayaan oleh Juan Torres Garrido untuk menjaga gawang negara tampil aksi menarik untuk menidakkan serangan China.

Kecemerlangannya itu beri ruang buat rakan sepasukannya untuk rencanakan serangan sehinggalah di minit akhir perlawanan.

Pertahanan kental Selangor, Harith Haiqal, berjaya menjaringkan gol pertama dan terakhir perlawanan untuk mereka tutup dengan kemenangan.




Selepas ini, mereka akan hadapi China sekali lagi pada selasa ini di venue yang sama.

Advertisement

Must Watch Video