Skip to main content

Bola Sepak

Gnabouyou pertajam tanduk Tambadau

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kassy-guy-gnabouyou.jpg
Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, mengakui penyerang import baru mereka, Kassy Guy Gnabouyou, masih belum bersedia sepenuhnya ketika diturunkan bertemu Felda United malam tadi. 

Bagaimanapun, Gnabouyou banyak mengubah permainan Tambadau yang sebelum ini kelihatan agak tumpul di bahagian serangan. 

"Memang sebelum perlawanan kami sedikit ragu kerana dia (Gnabouyou) baru tiga kali berlatih dan tentunya dia belum memahami sepenuhnya teknikal pasukan. 

"Bagaimanapun, saya memberitahu dia supaya beraksi 100 peratus biarpun tidak beraksi sehingga habis," katanya. 

Gnabouyou yang berasal dari Perancis menjadi pemain terbaru yang diikat Sabah selepas mereka membuat keputusan untuk menggugurkan Hector Pito Ramos.

Skuad Tambadau sebelum ini telah melengkapkan kouta lima pemain import, namun terpaksa mengetepikan Ramos berikutan prestasi hambarnya bersama pasukan walaupun sebelum ini dia pernah menjadi penjaring terbanyak pasukan pada 2018.
 

Advertisement

Must Watch Video