Skip to main content

Bola Sepak

Gladbach lantik Farke sebagai ketua jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel-farke_.jpg
Daniel Farke dilantik sebagai ketua jurulatih baru Borussia Monchengladbach.

Kelab Bundesliga itu mengumumkan pelantikan itu semalam, di mana Farke sah menandatangani kesepakatan sehingga 2025.

Jurulatih berusia 45 tahun itu buat kali pertamanya akan menguruskan sebuah kelab Bundesliga setelah pernah membimbing SV Lippstadt dan Borussia Dortmund II.

Dia pernah berkhidmat bersama Norwich City pada 2017 dan berhasil membawa kelab itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali sepanjang di Carrow Road sebelum dipecat daripada jawatan itu pada November lalu.

Farke dilantik sebagai pengendali Krasnodar pada Januari lalu tetapi terpaksa meninggalkan kelab berkenaan hanya selepas dua bulan berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
 
Bercakap dalam laman web rasmi Gladbach, pengarah sukan, Roland Virkus, berkata: "Dengan adanya Daniel Farke, kami dapat menandatangani seorang jurulatih yang amat sesuai dengan perjalanan yang kami mahu lalui sebagai sebuah kelab.

"Kami tidak sabar untuk menghadapi cabaran yang terbentang di depan kami bersama dengannya."
 

Advertisement

Must Watch Video