SERIE A
Giroud: Scudetto nampak cantik di jersi Milan
Olivier Giroud berkata AC Milan amat berbangga membawa gelaran sebagai juara Itali sebaik dia menjaringkan dua gol untuk memulakan aksi pramusim dengan kemenangan 2-1 ke atas Koln di laman lawan itu hari ini.
Giroud mempamerkan kecemerlangannya dengan meledakkan dua gol dalam separuh masa pertama buat Rossoneri sebagai persiapan untuk mereka mempertahankan gelaran Serie A selepas menamatkan penantian sejak 2011 itu pada musim lalu.
Selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16, Giroud kelihatan menepuk logo Scudetto di jersinya -- yang hanya dianugerahkan kepada pasukan juara bertahan Serie A.
Iklan
Ketika meluahkan rasa positifnya terhadap persediaan Milan, pemain berusia 35 tahun itu mengakui bahawa keraian yang dilakukannya selepas menjaringkan gol adalah sebagai satu mesej buat semua penyokong Milan.
"Saya fikir Scudetto nampak cantik di jersi merah hitam ini," katanya dalam sidang media.
"Saya mahu memberikan mesej kecil buat semua penyokong kami bahawa kami amat berbangga menjadi juara Itali.
"Ia sentiasa bagus untuk memulakannya dengan jaringan. Kami bermain dengan amat baik dalam babak pertama dan pemain kami menamatkannya dengan sebaik mungkin.
"Saya amat gembira, amat bagus untuk memenangi perlawanan pertama walaupun ia hanya aksi persahabatan," katanya.
⚽ @_OlivierGiroud_ starts where he left off ⚽#KOEACM: the highlights ?️#SempreMilan pic.twitter.com/uKiUK3BrzN— AC Milan (@acmilan) July 16, 2022
Must-Watch Video