LALIGA
Girona ke LaLiga
Kelab Liga Segunda Sepanyol, Girona, berjaya melayakkan diri ke saingan LaLiga pada musim depan selepas berjaya mengikat Real Zaragoza 0-0 di laman sendiri untuk kekal di tangga kedua liga, semalam.
Kejayaan itu bermakna Girona bakal beraksi dalam saingan LaLiga buat kali pertama dalam sejarah pasukan yang ditubuhkan pada tahun 1930 itu.
Beraksi di Stadium Estadi Municipal de Montilivi, skuad kendalian Pablo Machin itu sedar bahawa hanya satu mata dapat menjamin tiket automatik ke liga tertinggi Sepanyol bersama juara Liga Segunda, Levante.
Walaupun masih berbaki satu perlawanan, skuad Albirrojos itu memiliki rekod pertemuan yang baik dalam kedua-dua perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan tangga ketiga, Getafe.
Girona terlepas peluang untuk ke LaLiga pada musim lalu selepas tewas di tangan Osasuna dalam perlawanan final play-off.
Untuk musim 2016-17, bekas penyerang Inter Milan, Samuele Longo, memainkan watak utama apabila menjaringkan 14 gol dalam saingan liga.