Giorgio Chiellini kagumi Liga Pro Saudi
Shaiful Shamsudin
Disember 13, 2023 09:03 MYT
Disember 13, 2023 09:03 MYT
Giorgio Chiellini percaya Liga Pro Saudi wajar dihormati memandangkan negara Teluk itu berhasrat membina kancah yang mampu mengubah dinamik kuasa global dalam bola sepak.
Bekas pertahanan Juventus itu yang mengumumkan persaraannya kelmarin secara di luar jangkaan berpindah ke Amerika Syarikat pada 2022 dengan menyertai kelab MLS, Los Angeles FC.
Setelah mengagumi dari jauh apabila Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Neymar melengkapkan perpindahan ke kancah Arab Saudi itu, Chiellini berpendapat bola sepak dunia mesti mengambil perhatian tentang apa yang berlaku di Arab Saudi.
Malah, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pada Oktober lalu bahawa Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 sebelum tarikh akhir, sekali gus menjadikan temasya kedua yang bakal berlangsung di negara Teluk selepas penganjuran Piala Dunia di Qatar tahun lalu.
“Saya fikir kami perlu menghormati kancah baru dan pasaran baru ini,” katanya kepada Stats Perform.
All seven of the 2023 #ClubWC participants are confirmed ✅ Between 12-22 December, the top teams from all six confederations – as well as representatives of the host country, Al Ittihad FC – will meet in Saudi Arabia for the final FIFA tournament of 2023.
— FIFA (@FIFAcom) November 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Arab Saudi sedang cuba melakukan banyak pengiklanan baru menjelang Piala Dunia 2034 bagi menganjurkan kejohanan yang lebih baik bukan seperti yang berlaku di Qatar.
"Mereka cuba melakukan yang terbaik tetapi tidak dapat mengembangkan bola sepak dalam bentuk budaya.
"Ia mungkin memerlukan lebih banyak masa. Mereka baru mula membina asas yang lebih baik sedikit berbanding Qatar dan mereka mempunyai negeri yang jauh lebih besar daripada Qatar; faktor ini boleh membantu mereka mencapai matlamat ini."