Skip to main content

Bola Sepak

Ginter mahu tinggalkan Borussia Monchengladbach

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matthias-ginter.jpg
Matthias Ginter mengesahkan bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya bersama Borussia Monchengladbach dan akan meninggalkan kelab Jerman itu pada penghujung musim ini.

Pemain dengan 46 penampilan antarabangsa bersama Jerman itu telah menghabiskan empat setengah musim terakhir bersama Monchengladbach sejak tiba daripada pasukan seteru, Borussia Dortmund, pada 2017.

Bagaimanapun, Ginter ketika ini dilaporkan sedang menjadi perhatian kelab gergasi Serie A, Inter Milan, dan beberapa pasukan besar Eropah menjelang jendela perpindahan bulan depan.

Dan selepas spekulasi mengenai masa depannya bertiup kencang sepanjang beberapa bulan lalu, pemain berusia 27 tahun itu akhirnya membuat pengumuman dalam laman sosialnya dengan berkata bahawa dia tidak akan menandatangani kesepakatan baru bersama Monchengladbach.
 

"Selepas perbincangan panjang, saya membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak saya yang sudah hampir ke penghujung," tulisnya dalam Instagram.

"Selepas lima tahun yang luar biasa di Borussia Monchengladbach, ia sesuatu yang sukar untuk mengambil langkah ini tetapi saya telah membuat keputusan untuk mengambil haluan berbeza bagi perkembangan peribadi dan profesional diri saya.

"Saya banyak terhutang budi dengan penyokong Borussia dan akan sentiasa membawa kelab ini di hati saya. Kini, saya akan memberikan segala-galanya bagi separuh kedua musim ini.

"Semua yang mengenali saya pastu tahu bahawa saya akan memberikan segala-galanya untuk mencapai sasaran yang masih boleh dicapai musim ini bersama semua yang lain," katanya.

Ginter melakukan 165 penampilan buat Monchengladbach sejak menyertainya pada 2017, di mana 141 daripadanya dalam saingan Bundesliga.

Setakat ini, dia telah diturunkan sebanyak 15 kali dalam saingan liga musim 2021-22.
 

Advertisement

Must Watch Video