Skip to main content

Bola Sepak

Gilmour kekal di Chelsea hingga 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

billy-gilmour_1.jpg
Chelsea memilih untuk melanjutkan kontrak setahun buat Billy Gilmour, sekali gus akan bersama kelab itu sehingga 2024.

Gilmour menyertai kelab itu sewaktu di bawah bimbingan Frank Lampard pada 2017 dan mula melakukan penampilan pertamanya bersama The Blues ketika bertemu Sheffield United pada Ogos 2019.

Pemain kebangsaan Scotland itu beraksi 192 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019-20 sebelum diturunkan 259 minit dalam lima perlawanan liga divisyen utama itu dalam musim berikutnya.

Dengan terpaksa merebut tempat bersama N'Golo Kante, Mateo Kovacic, Jorginho dan Ruben Loftus-Cheek sebagai kesebelasan utama, Gilmour dipinjamkan kepada Norwich City bagi musim 2021-22.

Pemain berusia 21 tahun itu berhasil mendapat tempat dalam 24 perlawanan EPL bersama The Canaries, di mana 21 daripadanya adalah sebagai kesebelasan utama, sebelum Norwich tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Pada ketika perancangan Thomas Tuchel di bahagian tengah pasukannya masih belum ada sebarang kepastian dan seorang lagi pemain yang dipinjamkan, Conor Gallagher, juga sudah kembali ke pangkuan kelab itu untuk turut memberikan cabaran dalam perebutan posisi, Chelsea memilih untuk melanjutkan kontrak Gilmour.

Pemain itu pada awalnya menandatangani kontrak selama empat tahun sejak tiba daripada Rangers dan kesepakatan itu akan tamat tahun depan tetapi The Blues memilih melanjutkannya untuk pemain tengah berkenaan kekal di Stamford Bridge setahun lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video