Giliran Pierre-Emerick Aubameyang ke Arab Saudi

Muzaffar Musa
Julai 19, 2024 08:56 MYT
Pierre-Emerick Aubameyang sah menjadi pemain pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Pro Saudi, Al-Qadsiah, selepas mengikat kontrak selama dua tahun.
Penyerang berusia 35 tahun itu menjadi pemain berprofil tinggi terbaru menyertai kelab Arab Saudi berkenaan selepas ketibaan Nacho dan Koen Casteels, masing-masing daripada Real Madrid dan Wolfsburg.
Aubameyang menyertai pasukan itu selepas hanya semusim bersama Marseille, di mana dia menjaringkan 30 gol daripada 51 penampilan.
Pernah memenangi LaLiga bersama Barcelona, Aubameyang juga memenangi DFB-Pokal sewaktu bersama Borussia Dortmund dan Piala FA Inggeris bersama Arsenal.

Beware ? The black panther is here ?️#Alqadsiah | #AubameyangQadsawi pic.twitter.com/rntGUagTbX

— AlQadsiah Saudi Club (@AlQadsiahEN) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Pierre-Emerick Aubameyang #Liga Pro Saudi #Al-Qadsiah