Pemain Manchester United, Ryan Giggs, percaya ketibaan Ivan Perisic akan memberikan rangsangan kepada keseluruhan skuad apabila pemain sayap Inter Milan itu hampir berhijrah ke Old Trafford.
Selepas beberapa bulan timbul spekulasi, United dilaporkan berjaya dalam usaha mengejar pemain antarabangsa Croatia berusia 28 tahun itu, dengan skuad Jose Mourinho dalam proses memeterai perjanjian brnilai £40 juta (RM224 juta).
Bekas pemain sayap United, Giggs, berasakan perpindahan Perisic akan mencungkil hasil terbaik daripada Marcus Rashford, Henrikh Mkhitaryan dan Anthony Martial.
"Ini boleh menjadi rangsangan bagi semua pemain," kata Giggs kepada Sky Sports.
"Ia tidak hanya menggembirakan peminat tetapi juga pemain apabila pemain baru masuk.
"Jika dia datang, maka pemain seperti Rashford, Mkhitaryan dan Martial perlu melangkah ke depan."
United telah melabur dalam pasaran perpindahan, dengan membelanjakan £75 juta (RM421 juta) untuk menarik Romelu Lukaku ke Manchester.
Lukaku, yang menjaringkan 25 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Everton pada musim lalu dan menduduki tempat kedua di belakang pemenang Kasut Emas, Harry Kane, membuat penampilan pertama bersama United ketika menewaskan LA Galaxy 5-2 dalam aksi pra-musim.
Walaupun Lukaku mengumpul keseluruhan 53 gol EPL untuk Everton, Giggs memberi amaran kepada penyerang antarabangsa Belgium itu bahawa dia harus menyesuaikan diri dengan peningkatan tekanan di United.
"Tekanan akan ada terhadapnya, jadi dia perlu berkembang, dia perlu dengar cakap jurulatih, kerana itu semua penting," kata Giggs.