Skip to main content

Bola Sepak

Gianluigi Donnarumma pertimbang dua kelab EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

donnarumma.jpg
Gianluigi Donnarumma sangat tertarik untuk menyertai dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dipinggirkan oleh Paris Saint Germain (PSG).

Pemain berusia 26 tahun itu yang menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) telah diketepikan daripada kelab Perancis itu untuk menghadapi Tottenham dalam Piala Super UEFA, semalam. 

Donnarumma turut terlepas kunjungan ke Udine tatkala penjaga gol baharu, Lucas Chevalier, dan penjaga gol pelapis, Renato Martin, sebaliknya menjadi pilihan Luis Enrique.

Enrique kemudian mengesahkan keputusannya adalah untuk mencari profil penjaga gol yang berbeza yang pada secara tidak langsung menamatkan karier Donnarumma di Paris. 

"Tindakan saya disokong oleh kelab dan kami cuba mencari penyelesaian terbaik," kata pengurus itu sebelum kemenangan penentuan penalti PSG ke atas Spurs.




"Ia adalah satu keputusan yang sukar. Saya hanya mempunyai perkara untuk diperkatakan mengenai Donnarumma. Dia adalah salah seorang penjaga gol terbaik dan seorang yang lebih baik.

"Tetapi kami sedang mencari profil yang berbeza. Sangat sukar untuk mengambil keputusan seperti ini."

Donnarumma dijangka menandatangani kontrak baharu dengan juara Perancis itu pada awal musim panas ini tetapi gagal mencapai kesepakatan dengan kontraknya bakal berakhir pertengahan tahun depan. 

Dalam satu kenyataan penuh emosi kepada peminat istimewa PSG, Donnarumma berkata dia kesal dan kecewa menjadi pemain buangan. 

"Saya berharap masih berpeluang menemui peminat di Parc des Princes dan mengucapkan tanda perpisahan seperti yang sepatutnya dilakukan,’ tambahnya.

Dalam masa sama, ejennya, Enzo Raiola, menyelar pendekatan kelab itu sambil mendedahkan Donnarumma itu berkebarangkalian ke EPL adalah cerah. 

"Pada pandangan saya, EPL pasti menjadi langkah tepat dan kami sedang mengusahkannya. 

"Kami tidak berunding dengan sebarang kelab Itali," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video